Entry: CHERITO CHERITI September 18, 2006



CHERITO 1

Firstly firstly nak terima kasih pada Pnut sebab mencanang tentang tawaran yang telah KARANGKRAF tawarkan. Bukan tawaran novel percuma tapi tiket wayang percuma untuk tayangan cerita ZOOM lakonan TIM ALLEN.

Dapatlah PB membawa anak anak dara menonton di Cathay CinePlax Damansara.
First time menonton disini. Biasa PB akan menonton di IOI Mall . Canggih cinema ni , yelah kan kawasan tu semuanya orang elite elite.

Apa apapun , cerita tu menarik untuk tontonan kanak kanak. Nurin ada jugak buat bising ajak balik. Terpaksalah PB umpan 'nanti lepas ni, kita g makan chicken Kay Ef See). Kejab dia berdiri, kejab dia berjalan ke tempat kakaknya. Nasib baik tak nangis.

Dapat majalah Bintang percuma dan juga dapat gula gula mentos (satu peket ada 3 biji). Oklah tu kan.

Lupa pulak nak habaq, first time jumpa P-Nut dan keluarga, Kak Lady with 2 orang heronya dan juga Kak Sya dengan anak dara dan hero. And also Che Ma (PutraJaya) and her girls (dia ada tiga dara...yes,,,PB masih lagi menang)

CHERITO 2

Keluar dari panggung, kami berlima ke IKEA. Ingatkan nak tinggalkan the kids tu kat playland, tapi penuh. Terpaksalah mereka tag along. Bukan beli apa pun, saja menjamu mata.
Seperti yang dijanjikan pada Nurin, maka, ber'lunch'lah kami berlima di Kay Ef See. Yang best nyer, Kay Ef See tu kat area umah. Ha ha ..jauh tul meronda tapi last last makan kat area umah.
Bila dah sampai umah, semuanya landing, sebab dah letih.


CHERITO 3

Masa kat IKANO POWER CENTRE tu, ternampak jualan murah di Popular Book Store.
Tertarik pada peta dunia yang dijual .
Nak sangkut kat bilik anak anak dara tu.
Harga asalnya ialah rm9.90 .
Harga tawaran pula ialah rm 4.50 .
Tiga empat kali jugaklah PB tengok kat board tu , yelah takut takut ada udang di sebalik mee udang.
Tapi, nampak macam tulen je iklan tu.
Suruhlah si Arifah beratur. Punya panjanglah Q.
Kesian Arifah, bila sampai turn dia bayar, juruwang tu kata rm9.90
Rasa macam tertipu bila juruwang tu cakap rm4.50 tu bila kita membeli barangan lain sebanyak rm50.00

Hmmm..... apa nak kata, sebab dah beratur lama, so bayar jelah.

CHERITO 4

Tiap kali PB ke minimarket, PB mesti beli gula.
Saja nak buat simpanan.
Puasa pun dah nak sampai, mesti guna gula lebih sikit.
Semalam, kira punya kira , rupanya PB dah ada 16kg simpanan gula.

Harap harap jangan ada polis datang serbu umah PB...
PB tak bersalahhhhhhhh

   22 comments

wear
September 20, 2006   01:47 PM PDT
 
kak PB mmng orng klntan tulen~~!mkey gulo bnyok...-jaga kesihatan kak PB~~hehe..
Bie
September 19, 2006   05:21 PM PDT
 
pandai k. PB yea sorok gula...bie pun nk tiru taktik kat PB jugaklah...mana tahu skit masa lg harga gula naik...taklah terasa sgt sbb dh byk simpanan kat rumah...hehehe
PB
September 19, 2006   05:16 PM PDT
 
Aairin -> Kena check tu, kang tak pasal pasal org dtg umah, kita angkat air kosong. Haruuu
Aarin
September 19, 2006   04:44 PM PDT
 
Gula penting tue..raya nnt takder gula takkan nak jamu air panas je,,kopak ler..tambah budak2 selalu dtg raya
Balik nnt nak check bekalan gula, rasa cam dah berkurang la..
zareda
September 19, 2006   04:33 PM PDT
 
hah! sorok gula ek...
PB
September 19, 2006   02:42 PM PDT
 
BP -> Betul tu...seorang pelanggan sekilo gula jer...
Blackpurple
September 19, 2006   02:26 PM PDT
 
Kat PPMJ boleh beli 1 kg jer kan gula...? hehehe..
PB
September 19, 2006   12:14 PM PDT
 
Tiara -> Silalah dtg ke rumah..
Tiara
September 19, 2006   10:45 AM PDT
 
errr. akak lepas ni tiara gi umah akak jer lah beli gula hehehe.e.


PB
September 19, 2006   10:36 AM PDT
 
CM -> It was nice to see u and ur girls...comel comel mcm mamanyer. Oklah, next time kita g bowling kat Alamanda ..lagi dekat n tak berapa nak jem...

Shikin -> Wah..deme tulis komen tak tinggal nama, nasibbaik ingat... gula pasir shikin. Kak PB tak suka beli gula halus..rugi.
Memang rasa kena tipuuuuu, geram tullll

Kak Lady -> Pb dah tahu KL dan Kak Sya nak ke sana . Saja nak buat kejutan. Kalau kak lady nak beli gula , meh la ofis PB. PB jual sekilo rm 1.80 ...boleh?? Ha ha
kak lady
September 18, 2006   08:10 PM PDT
 
PB...tak sangka dpt jumpa lagi...hehehe...len kali kita pegi lagik ye..(jeling2 kat pnut)...

Kak lady & kak sya pun pergi ke Ikea...lunch kat sana...pastu jenjalan amik2 gambar kat air pancut tu...

OOOh...patutlah kak lady kat sini takde gula...ade orang sorok gula yeee...!!
syikin
September 18, 2006   07:57 PM PDT
 
alamak, entri bawah tu saya yg komen.lupa masukkan nama tadi.
Name
September 18, 2006   07:56 PM PDT
 
salam,

hahaha..cherito 4 tu buat saya gelak. 16kg??? wah..ni bukan takat boleh buat air..siap biskut , kek bagai ni..utk ramadhan, boleh buat segala jenis kuih muih dan bubur tu..kak, itu gula pasir ke or gula halus?

saya p giant bt.caves smlm, tarak gula!! gula haluslah tu..gula pasir lama dah ghaib tak berjual kat situ. sabor jeklah

cherito 3 tu, alahai..rasa tertipu pulakkan..
Name
September 18, 2006   07:17 PM PDT
 
he..he...ok..ok PB mene 4-3, cm yg bongsu doh 5 tahun, buleh celen PB ko dok. Laa rupanya langkah kito serupo dr Cineleisure ke Ikea, nampak jugak Pnut, first time kami satu family ke Cineleisure & Ikea...hubby dah tobat tak nak pegi...on weekend dia kata ramai giler orang. Lepas ni kita buat rombongan mak-mak je la senang sikit.


Nice meeting PB.
PB
September 18, 2006   03:36 PM PDT
 
ZINO -> Memang beli tapi tapau... 6 biji rm 5.50 . Hari ni pun masih ada..

Anjer -> Boleh, dtg aja rumah, ok.
anjer
September 18, 2006   03:00 PM PDT
 
sok kalau tak cukup leh beli kat kak pb sket, hehehe...tak jual nanti kite repot..hehehe..jahatnya aku!!!
zino
September 18, 2006   02:26 PM PDT
 
spare sampai 16 kilo!!! itu bukan spare STOK tu hehe

sampai IKEA tak makan karipap macam tak lengkap la.. hehe
PB
September 18, 2006   02:11 PM PDT
 
NINE -> Gula utk spare jer. Hik hik. memang kak pb dan che abe ni jenis pemanis sikit.... tapi masih leh kontrol. mintak jauh la penyakit penyakit tu.
PB
September 18, 2006   02:10 PM PDT
 
BFK -> Shhhh...jangan la report... akak tak nak masuk jaillllll

KV -> Dah dua tiga kali gak bawak Nurin sebab tu dia dah tak berapa takut. Cuma kade kade bilo crito tu boring, time tu lah dio start buat hal.

Pasal peto tu , nok buat rano.. doh reseki demo tu.

Pasal gulo tu pulok, lonni ni pun kak pb dok ipung gulo, sebab nok bawok kelik klate bilo rayo nanti. meme susoh gule dek nung.. teruk sungguh...napok gayo orghe klate keno buat air guno ni'se' la pulok.
NINE
September 18, 2006   01:56 PM PDT
 
BIAR SENYUM MANIS MACAM GULA TAPI JANGAN SAMPAI DAPAT KEN**** MANIS SEBAB MAKAN GULA.... SO JIMATKAN GULA, BIARKAN SEMUT MATI KERANA GULA JANGAN KITA MATI SEBAB MAKAN GULA LEBIH2.....:-()
kasutvincci
September 18, 2006   01:48 PM PDT
 
byk nya cerita akak.
Best ler menonton wayang dgn rakan2 blogger. Tp kalau kv mmg tak sanggup bawak hang nadim masuk panggung. Tak terdaya nak mengawal budak 'pongoh' tu. HIks

alahai kak, kesiannya tak perasaan offer map tu. Takpe lah. RM 9.90 dah kira ok ler. Nak buat cemana kan.

kat kelate ni gula mmg sedih tau. Kv dah dekat tiga minggu dok cari gula. Kadang2 tu sampai terlupa. Balik rumah mak tanya. Kesian gak sbb orang tua ni tak lekang ngan air manis (teh o). Ni nak kena cari pulak utk stok puasa (sahur). Kesian kat dorang. Letih lah cerita pasal gula ni. Nasib baik kv kurang suka manis. :)
babyfacekiller
September 18, 2006   01:20 PM PDT
 
bola satu, bola dua over.. di sini ada orang sorok gula over...

bola dua, bola satu, roger and out!

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments