|
talking cock
August 28, 2006
YEH YEH POP YEH YEH
Berita baik, member yang PB cerita minggu lepas tentang dia nak pencen tu, tak jadi dia nak berhenti menulis blog. Wah....gembiranya dalam hati.... Janganlah lepas ni ada lagi member blog yang nak berhenti. Kalau berhenti nak rehat macam Oren dan Kak Alex (lepas ni dlm pantang, tak per) Janganlah berhenti terussss...
Untuk semua yang nak tahu, member yang PB maksudkan ialah Abe Idham
*****************
Oklah ,tak mau citer citer lagi ttg berita sedih sedih nie.
Sabtu biasalah aktiviti di rumah dan di kolam renang. Rasanya sabtu lepas adalah hari terakhir anak anak PB belajar swimming. Lepas ni , kalau anak anak kemaruk nak berenang, PB kenalah bawak ke swimmimg pool kat PutraJaya pulak. Balik dari brenang, ingat nak makan luar , tapi Abe kata dia ada hal yg kena dia selesaikan , so makan kat umah jerlah (plannya).
Sampai umah dalam jam 730 ptg, PB suruh Afiqah pie bukak pagar dan pintu. Kalau sapa sapa masih ingat, dua minggu lepas kan , anak kunci umah PB tu kan dah patah dek dikerjakan oleh Tok Ma. Tu dia..... dok sebek sebek la kita orang dok kat luar umah (dlm pagar) sebab tak leh masuk... haha ha hahaa.. Tepon Abe, ingatkan dia boleh balik awal, tapi dia ada KUIZ... Hmmm... ToK Ma dan tiga anak dara PB pergi ke surau. PB dan Aqilah dok main naik basikal. Nasib baik tak bocor tayar basikal Afiqah. Yelah kan..mama ni kan over loaded sikit. Aqilah pun terkejut, dia tak sangka mama dia ni pandai naik basikal.
Tunggu punya tunggu 9 30 mlm baru Abe sampai umah. Dekat dekat dua jam jugaklah PB and the geng lepak lepak, huha huha kat luar. Ingat bila masuk umah, Abe offerlah nak makan kat luar. Tapi yang disangka tak menjadi. Dia siap cakap "goreng la apa yang patut". Geram jangan PB geram.
Dan dua kali geram, kita semua ni 'dok sebek sebek sajo sajo', sebab nya upa upanya anak kunci yang patah tu BUKAN anak kunci pintu utama umah, tapi anak kunci pintu dapur. Tulah pekdah nya, tak nak check betul betul.
Ha ha ha ( gelakkan diri sendiri).
Abih la cerita hari sabtu malam ahad. Ini cerita hari ahad malam isnin la pulak.
Mula mula plan nak bawak anak anak tengok Monter House. Tapi tulah kan, kita ni tukang rancang je, tapi yang tentukan plan tu menjadi atau tidak ialah Allah. Kebetulan kereta adik ipar, rosak cermin auto, jadi adik Abe pun dtg lah ke umah. Jadiknya, Abe pun dok lah merepair tingkap keter tu sampai ke petang ahad.
Dalam hati , ku keciwa la sikit, sebab memang nak sangat tengok citer tu. Tapi tak kesampaian. Hi hi.... mama mengalahkan anak anak pulak bab katun katun nie. (Memang PB sukerrrr tengok kartunnnn).
Petang, jam 6 lebih Abe ajak keluar. Katanya ada barang nak dicari di Giant. Bila semua dah siap, dan tuju ke Giant Puchong, langsung tak jadi. Sebabnya penuh, parking hingga keluar pagar. Last last pusing pusing, singgah Jaya Jusco.
Makan malam pun kat situ. Cari kasut raya untuk Afiqah. Ada yang berkenan, tapi tak der saiz. Sian Afiqah.
Balik umah dah pun jam 10 mlm. Batman Begins pun dah abih. Sambung tengok Hide and Seek. Pukul 11 mlm , sambung tengok Donold Trump. "You areeee firedddddd".
Tidur pukul satu, sebab dok pulun gosok baju sekolah anak dara. Ada pulak yang koyak, so jadi tukang jahit.
Sekianlah aktiviti sabtu dan ahad.
PB @ August 28, 2006 8/28/2006 5:30:51 pm
_____________
August 25, 2006
HILANG SEBUTIR PERMATA
PB kenal dengan dunia blog ni secara tidak langsung. Mula mula just baca baca jer. Lepas tu teringin nak tulis walaupun tak berapa reti nak susun ayat yang sempoi sempoi .
Bila dah ada blog, baru mula berani tinggalkan komen kat mana mana blog yang PB singgah. Mula mula tinggal komen. Lepas tu minta no phone. Lepas tu mula calling calling atau pun hantar sms. Then, jumpa kenal kenal.
Dengan blog ni, perniagaan pun boleh diadakan. Pertukaran resepi. Pertukaran petua. Pertukaran cerita. Pertukaran pandangan dan idea.
Tak sangka la pulak, blog ini boleh mengeratkan tali persahabatan. Bila baca blog kita akan kenal dengan penulisnya dan juga keluarganya. Apa aktiviti mereka. Keadaan kesihatan mereka. Kegembiraan mereka. Kesedihan mereka. Rasa macam dah kenal lama.
Ada blogger yang memang dah macam adik bradik. Kalau baca blog Pnut, dia punya ramai kwn kwn kalangan blogger. Ada blogger yang dah boleh tubuh team bowling. Ada blogger yang bertemu jodoh antara blogger. Yang belum ada cuma yang berbesan antara blogger.
Kadang kadang kita boleh jadi rapat sangat dengan blog tersebut. Dan bila penulis blog tu miss satu entry, mulalah dalam hati tertanya tanya. Apa dah jadi kepada mereka.. Demam ker? Sakit ker? Abih idea ker? Sibuk sgt ker? Bercuti ker?
Dan yang paling tak seronok tu, bila penulis blog tu buat keputusan utk menutup blog mereka. Dan hari ni, PB dapati seorang blogger yang really really PB suka dah buat keputusan untuk berhenti menulis. Dulu, dia pernah buat macam ni , tapi , alhamdulillah dia buka semula blog. Tapi kali ni, PB rasa dia betul betul tekad untuk berhenti.
Hmmm...kenapa?? Hanya dia yang punya jawapannya. Setahu PB dia punyai ramai peminat. Dan peminatnya pula mostly adalah LADIES...
Walau apa pun, PB doakan dia selamat sampai ke tempat yang dia bakal tuju malam ini. Moga dia akan terus maju dalam segala bidang yang dua ceburi. PB mohon maaf sebab sejak kepulangan dia, PB tidak pernah berkesempatan untuk menemui dia. Bukan tak nak, tapi tak der jodoh pertemuan. Bukan PB tak berusaha, tapi setiap program yang dianjurkan itu adalah diluar kawasan Puchong / Shah Alam dan masanya juga tidak berapa nak kena dengan keadaan PB.
Terima kasih diatas persahabatan ini.....
PB akan merindui segala tulisan dan lagu serta puisi...
PB @ August 25, 2006 8/25/2006 1:57:59 pm
_____________
August 24, 2006
DILEMA
Yes..... begitulah caranya bagaimana PB mendapat berita berita yang terkini dengan cepat dan tepat. TV ada didepan meja PB.
Hari ni PB nak minta pendapat yang bernas dari kengkawan semua. Harap semuanya dapat membantu PB dalam masalah ini. Masalah tak lah besar mana, tapi PB perlu jugaklah nak tahu pandangan orang lain selain dari PB dan Abe.
Seperti mana yang mana mana yang dah baca entry dulu, PB berjaya membeli sebuah umah flat kat area Shah Alam ni. Alhamdulillah sebab semua proses berjalan dengan lancar walau pun lambat di pihak PKNS tu. Sekarang loan pun dah release dan PB akan mula bayar hujung bulan Ogos ni. MBSA pun dah minta PB bayar cukai pintu.
Yang PB musykil sikit ni ialah tentang penyewa yang ada sekarang nie. Penyewa ni pulak adalah sedara mara pada owner yang terdahulu. Owner terdahulu ni pulak adalah kawan sepejabat PB. Sama sama dari kapal yang sama (Klate mari lah).
Buat masa ni, umah itu disewakan dengan bayaran sebanyak rm400 sebulan. Untuk pengetahuan kengkawan, area tu punya rate ialah rm500 dan mampu mencecah ke rm 800 (kalau disewakan pada budak budak Uitm). Jadinya, PB pun diskass lah dengan owner yang lama, ingat nak naikkan rm 450. Nak naik banyak banyak , kesian sebab orang tu (M) cuma kerja kilang dan isterinya pun suri rumah tangga. M minta rm420 sahaja sebab menurutnya gaji cuma akan meningkat awal tahun depan. PB , kata tak perlah. Rm 420 pun, RM 420 lah. Tahun 2007, baru rm450.00
Yang jadi masalah ni, ialah tentang duit deposit . Owner lama tak ambil pun duit deposit apa apa pun. Deposit api air pun tak der. Yelah kan, sebab sedara mara. Dan juga , cara M bayar ialah bila hujung bulan baru bayar untuk bulan itu. PB tak kisah lah bila dia nak bayar, asal jangan duduk free je lah kan.
Sekarang, adakah patut PB minta duit deposit api air tu? Dan kalau patut, berapakah jumlah nyer? Kalau ikut hati PB, PB cuma nak minta seratus jer. Tapi Abe kata dua ratus. Seratus untuk air. Dan seratus lagi untuk api.
Hmm...cam ner eks??? PB tak sampai hati. Tapi, kalau lah dibuatnya M dah tak nak duduk umah tu, dah ada bil yang tertunggak , tak kan PB yang nak kena bayar.
Tolong beri pandangan , ok.....
Nota kaki : Abe dah on de way balik. Tadik call , dia baru masuk area K.Krai. Kebetulan PB hantar sms pagi tadi, infd dia yang PB sakit perut. Bila call, dia tanya sakit lagi ker? PB jawab, adalah sikit sikit, biasalah, sakit bulan bulan. Ha ha..terus dia kata " hmm...nak patah balik le smula..." Aduzzzz....
PB @ August 24, 2006 8/24/2006 12:33:22 pm
_____________
August 22, 2006
KERJA

Pintu nak masuk pejabat PB. Parking depan pintu lagi tu. Mana tak sihat tubuh badan.

Tangga kayu untuk ke tempat PB. Jgnlah runtuh tangga ni. Kalau runtuh, clain SOCSO laaarrr

Inilah TV yang PB dok mengadap. Macam macam cerita.

PC untuk memblog

TV betul betul depan meja PB

Ini bukan stor tapi bilik kecil. Dulu PB pernah cerita . Kalau kena hujan, memang basah la baru sampai. Kalau cuaca panas, memang kena biar dulu air paip tu mengalir hingga air paip jadi suhu normal. Kalau tak ............( tahu sendiri la)

Tempay letak kereta. Pilih je mana nak letak kereta.
Inilah tempat kerja PB. Tenpat PB cari makan.
PB @ August 22, 2006 8/22/2006 6:09:36 pm
_____________
August 21, 2006
TINGGAL
Minggu ni kena tinggal lagi.
Kali ni, Abe ke Pantai Timur.
Kuala Trengganu dan Kota Bharu.
Tengah hari tadi bertolak ke Trengganu.
Khamis baru balik.
Sabtu dan Ahad , Abe ada kelas.
Rasa macam 'ibu tunggal' je.....
PB @ August 21, 2006 8/21/2006 6:01:59 pm
_____________
|