CHIRITO DEMO, CHIRITO KAWE
talking cock
September 12, 2006

ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH kerana tok ma dan tok ayah insyaallah dapat mengerjakan Haji.

ALHAMDULILLAH sebab segala urusan rumah dah sampai ke penghujung.

ALHAMDULILLAH kerana tok ayah selamat sampai dari KB.

ALHAMDULILLAH sebab hingga sekarang masih ada pekerjaan.

ALHAMDULILLAH kerana akhirnya PB mendapat khabar berita dari sepupu yang PB dok cari cari selama ini.

ALHAMDULILLAH sebab sepupu PB ni dah punyai pekerjaan yang elok.

ALHAMDULILLAH kerana sepupu PB ni dah ada anak sorang.

ALHAMDULILLAH sebab anak anak PB sihat.

ALHAMDULILLAH sebab Abe selamat tiba di K.Trengganu semalam.

ALHAMDULILLAH kerana PB punyai bumbung dan dinding untuk berteduh dari panas dan hujan.

ALHAMDULILLAH sebab tok ma dan tok ayah tak der sakit yang berat berat atau pun yang pelik pelik.

ALHAMDULILLAH kerana adik laki PB yang sorang sorang nya itu tinggal berhampiran dengan umah PB.

ALHAMDULILLAH sebab tak lama lagi akan tiba bulan ramadhan (harap harap sempatlah PB berpuasa tahun nie).

tapi yang paling seronok...


ALHAMDULILLAH SEBAB YANG MUNCUL CUMA SATU LINE SAHAJA.
(tapi kenapa rasa loya loya ni kerap melanda)...





  Comments (8)

PB @ September 12, 2006 9/12/2006 4:43:48 pm

_____________

September 11, 2006

GOSOK JANGAN TAK GOSOK

Tiada apa yang lebih PB tak suka bila sampai hari ahad malam isnin.
Ada satu tugas yang PB perlu selesaikan.
Bab mengemas umah tak per lagi.
Tapi kalau bab mengosok baju sekolah..
Yaaa ammpunnnnn

Bilalah anak dara PB ni nak reti gosok baju sekolah masing masing
???

Orang lain PB tak tahulah, tapi PB memang fobia bab bab gosok baju.

Kenapa eks.. tak der org yang cipta mesin basuh yang keluar keluar jer pakaian
dari mesin tu dah siap cuci, dah siap lipat dan dah siap gosok ??
Kalau ada lah mesin yg macam tu, rasanya PB lah orang kedua yang beli
selepas Kak OO..

Hik hik...Kak OO..jange mu'reh deh..
PB gura ghura jah...

susunan baju sekolah afiqah dan aqilah

susunan baju sekolah arifah

susunan baju dan kain sekolah.




  Comments (17)

PB @ September 11, 2006 9/11/2006 4:12:14 pm

_____________

September 8, 2006

CUTI II

Hari Jumaat 1hb Sept

Pagi tu , PB tolong TENGOK mak mertua ukur badan anak anak dara.
Ukur untuk buat baju kurung.
Rupa rupanya anak dara PB yang dua org tu dah tak leh share kain 4 meter. Dah tak cukup. So, kenalah keluar beli kain ela.
Ajak adik ipar yang dua orang tu sambil nak cuba naik keter MyVi.
Cuma berbelanja di kedai kain salim (kedai ni pernah buat promosi dlm Tv3).
Kena pulak time sales.
Tu dia...sepasang rm38. kalau beli 3 pasang dpt seratus.
Yang empat pasang seratus rm pun ada.
Nasib baik tak rambang mata kat kedai kain nie.
Belikan sepasang untuk kak lang dan sepasang utk kakak.
Untuk mama, tak per lah...rasanya cukuplah dua pasang untuk raya kali ni.

Lepas solat jumaat, Abe terpaksa bekerja.
Nama lagi balik atas dasar kerja kan.
Lepas hantar Abe ke Kota Bharu, PB meronda.
Ingat nak jumpa kawan lama.
Call call tak berjawab.
Tak der rezeki nak jumpa mereka.

Sakit hati PB memandu kat kota bharu nie.
Memandu kejab pun boleh sakit kepala.
Pemandu disana semuanya jenis makan angin.
Slow jer....50km/j.
Tengok lampu isyarat dah hijau pun masih boleh slow and steady.
Memang 'bengkek' hati memandu.
Kena pulak PB dah lama tak memandu di KB nie.

Sebelah malam nya, PB ajak semua anak beranak makan malam kat satu restoran ni.
Restoran Manisnya Madu di Jln Pekeliling.
Menu utama restoran ni ialah nasi air yang dihidangkan dengan bermacam jenis ikan kering.
Masa nilah, PB berkesempatan berjumpa dengan PASANGAN BAHAGIA ni bersama dengan heronya.
No wonder la hero nyer cute, ibu dan ayah nyer lawa.
Putih che abe KV....norrr
Hang nadim nampak kurus sikit berbanding dlm gambar.
Sonok jumpa kwn blog ni.
Ralat sikit sebab tak dan nak berposing dan juga nak sembang lama lama.
Jumpa secara adhoc la katakan....

Cuba teka berapa PB habis malam tu...
Ngam ngam lima puluh hinggit jer untuk makan 5 orang dewasa dan 7 kanak kanak.
Yelahkan...kat situ air teh o ais baru 70sen.
Air buah baru singgit setengah.


Hari Sabtu 2hb September

Jam 1100 pagi, PB dan adik adik ipar (hmm kali ni balik asyik berjalan dgn adik ipar jer). Bukan apa, sebab Abe malas nak temankan PB ke pasar siti khatijah.
Bershopping sakan kat pasar SK.
Ala...biasalah beli kain tudung , beli baju kaftan.
Yang pastinya PB dan adik ipar semuanya dah rambang mata tengok semua tudung tudung yang tergantung gantung.
Macam macam kaler. Macam macam design.
Tu tak masuk kain batik dan kain ela.
PB sempat jugaklah beli 6 helai kain pasang untuk dijual pada kwn kwn ofis.
Kain pasang yang dah siap jahitan kerawang kat lengan baju.
(Alhamdulullah...habis dijual)

Nak citer ttg kain tudung yang adik ipar beli, peniaga tu letak harga rm65.00
Tapi bila selesai bab tawar menawar, adik ipar dapat dengan harga rm27.00
Jauh beza kan...

Kalau ke pasar CT Khatijah, pandai pandailah tawar menawar.
Dan lagi mudah , kalau ada yang pandai cakap dailek klate.

KV...lepas ni buleh tolong bawak kawe kawe hk gie klate beli atah keda.

(sorry...gambar tak clear)
 

Lepas memborong kat pasar SK., hik hik sempat tu window shopping kat kedai mas la pulak.
Mahal siot mas sekarang, 195 rial berat (sorry PB tak tahu la pulak kiraan dlm gram).
Kat sana, semuanya tinbangan guna berat dalam rial.
Ushar sana, ushar sini, tertengoklah gelang kristal yang diikat dengan mas...
last last tersambar la satu....( buleh bergaya utk raya).
Memang nifis duit dlm bank....(sekali sekali, bukannya selalu).
Then kita all, makan tengahhari kat restoran kepunyaan sepupu PB.
Kalau sesiapa ke kb, pergi la makan kat restoran sumatera bersebelahan dengan bangunan parti pas tu.
Minta diskaun, katakan PB yang introduce.
Terpaksa bergegas balik ke umah mak mertua bila abe dah start hantar sma
'dah tak ingat anak dan suami ke....'.
aduzzzzzz..........

Petang tu pulak, satu gerabak ke PCB.
Saja bawak buadak budak ke sana.
Asyik dok terperap kat umah, kesian pulak rasanya.

Punyalah ramai orang kat pantai cahaya bulan nie,
Macam ada pesta.
Bas berduyun duyun.
Bukannya boleh mandi pun setakat bermain di gigi air jer.
Peniaga memang kaya raya lah hari tu.
Makanan cukup mahal....
Tapi terpaksa beli sebab dah lapar.

 

 

 

Tengok lah gambar gambar tu..sonok budak budak bermain pasir.
Sumer bising sebab mama tak bagi berendam.
Susah nak bilas ...

Cuba ushar gambar anak PB Kak Ngah tu dengan sepupu nya.
Sama tak muka....??


Pulang dari PCB , kami singgah di rumah adik ipar yg sorang lagi tu di Pasir Tumbuh,
Jeles PB sebab mereka dok umah bangalow.
Kerja kat HUSM cuma sebagai kerani dan petugas perpustakaan.
Dah reseki mereka..kan.

Hari AHAD 3hb September

Tiba lah hari untuk pulang ke bandar batu.
Jenuh pujuk abe minta pulang pada hari isnin.
Budak budak kan cuti UPSR tapi pujukan tak makan.
Kena balik jugak.
Rasa frust sebab tak puas lagi bershopping kat pasar Siti Khatijah tu.
Lagi pun banyak makanan kali ni PB tak sempat nak makan.
Pulut dakak, nasi tumpang, lompat tike dan paling miss ialah murtabak Hajjah Halimah.

KV...tolong pos buleh kaaa???????




  Comments (13)

PB @ September 8, 2006 9/8/2006 11:57:55 am

_____________

September 6, 2006

CUTI 1

INI ADALAH SIARAN TERTUNDA.
SEPATUTNYA DIPUBLISHKAN PADA HARI ISNIN.
TAPI PB (MCM HILANG IDEA).

INI ADALAH RENTETAN CUTI CUTI MAKAN ANGIN DAN PERABIH PITIS.

**********

PB dan keluarga sepatutnya balik ke Kg Salor (KLATE)  cuti sekolah baru baru ni.
Namun, sebab PB ni jenis yang kedekut ( bakhil sikit dlm bab bab nak ambik cuti tahunan ) , so tak jadiklah balik klate.
(nak keno simpan la cuti...sebab nak balik raya posa lama lama)

Bukan apa, kalau balik masa cuti skolah tu, hari Jumaat (25hb) dah nak kena balik KL sebab Abe ada kelas pada 26 dan 27 Ogos tu.
<Rasa tak puas la pulak>

Anak anak dara asyik dok tanya
'apasal tak balik kampung?'
'apasal tak cuti cuti?'
'apasal tak gie mandi kolam yang jauh jauh?'
Mak metua dan anak anak sedara kat kampung pun asyik dok bising
'bakpo kak ngah , kakak , nurin , kak lang dog kelik kelik ?'

Nak dijadikkan cerita, Abe ada urgent job kat Trengganu pada 30hb.
Ada urgent instalation untuk Hot FM di Bukit Besar.
Serampang dua mata nilah.
Dua dalam satu.
Kerja sambil bercuti.
(dalam maksud lain, boleh claim untuk segala perbelanjaan pergi dan balik).

Hari SELASA (29hb)  tu masih lagi bekerja.
Anak anak pun masih lagi bersekolah.
Balik dari kerja, terus packing mana mana yang patut.
Kebetulan la pulak Tok Ma dan adik ipar PB pun nak ikut.
Jam 1.30 PAGI, bertolak lah kami sekeluarga menuju ke Kuala Trengganu.
Budak budak biasalah kalau dlm kereta, tidur manjang.
Tergolek golek macam tidur atas katil.
Kerusi belakang dijatuhkan dan dihampar TOTO.
Memang selesa sebab beg beg supaya dieksport keatas bumbung kereta.

Alhamdulillah , perjalanan amat selesa.
Mungkin kerna minggu yang sebelumnya dah ramai yang balik Pantai Timur,
jadi jalan tak lah berapa padat.
Dan mungkin juga sebab ramai yang akan memulakan perjalanan pada hari khamis sempena cuti Merdeka.

Pukul 8 pagi, selamatlah TOUCH DOWN di KT.
Sempat bersarapan di sebuah gerai.
Mkn nasi dagang Trengganu, nasi kuning lauk ikan aya.

Lepas 'buang' Abe di kaki Bukit Besor tu, PB dan gerabak ke rumah nenek (MOK).
Yup yup...PB ada nenek di Kuala Trengganu.
Jangan tak caya.
MOK  ni ialah mak tiri Tok Ma.
Tok Ma ni ialah mama PB (jgn konfius , ok).

Mok ni yang sebenarnya dah lama sakit.
Kena stroke.
Dulu , boleh lagi jalan , tapi kena guna tongkat.
Namun gitu sejak dua tahun lepas, langsung tak leh berjalan.
Nak kemana mana , guna kerusi tolak.
Sampai di rumah Mok, ni ,semuanya ambil kesempatan untuk mandi dan tidur.
Anak anak biasalah dok main sesama sendiri.
Tok Ma dan Mok pula , dok bercerita kenangan kenangan lama.
Lepas tu, pakat pakat dok nangis
(mak tiri dan anak tiri, dulu dulu, mesti ada krisis).

Dalam pukul 2 ptg, baru Abe siap kerja.
Dan to Kota Bharu we goooo...

Kali ni, Abe ikut jalan pantai.
Entah macam mana, bila dah sampai Penarik, baru teringat Keropok Gotel Kampung Losong  , lupa nak beli.
Terkilan lah sangat sangat. Tapi , takkan nak patah balik, dah jauh dah.
Berhenti kejab makan angin tepi pantai.
Masa anak anak dara tu dok bermain pasir, datang segerombolan lembu lembu .
Ha ha ha..lari lintang pukang anak anak PB.
Tok Ma siap kepung makanan dengan tangan .
Takut lembu lembu tu dtg menyerang.

Bila sampai ke kota bharu, terus hantar Tok Ma kerumah adik nya di Jalan Pengkalan Chepa.
Malam tu, tak kemana mana pun, sebab dah letih.
Anak anak dara, biasalah, bila dah jumpa dgn sepupu sepapat ,
main tak ingat dunia.
Nasib baik tak runtuh umah mertua.
Memang tak runtuh, bergegar jer.....

KHAMIS 31hb OGOS 2006

Tak kemana mana pun. Lepak lepak dirumah sambil tengok astro.
Belah petang nya PB ambil kesempatan untuk melawat datuk sedara (TOK SU) yang tak berapa sihat.
Ada sakit jantung .
Nurin terpaksa dikejutkan dari tidurnya.
<Nak tinggal , risau pulak kot dia tak besa dgn mak mertua>

Dah..menangis la ....
Angin tak elok...
Bila sampai rumah datuk sedara , Nurin dicuit cuit dan dipeluk peluk oleh Tok Su Pompuan
Apa lagi...meragam lah.
Rapat melekat pada badan Abe.
Langsung tak nak berenggang.
Jadik, tak leh nak dok lama.
Minum air pun tak dan.
Tak pe, at least niat nak jumpa TOK SU  tu sampai.

Then, kami bertiga ke rumah mak sedara, melawat bapak sedara (ayoh soh)  yang jugak tak berapa nak sihat.
Ayoh Soh ni baru baru ni menjalani pembedahan mata di HUSM.
Entah macam mana, benda yang dimasukkan ke dlm rongga mata tu boleh terkeluar.
Tak tahulah macam mana pakar di HUSM tu buat kerja.
Di sini, mood Nurin masih lagi down to the earth.
Bertempek dengan Abe.

Nak pujuk hati Nurin, kami bawa di ke Taman Tengku Anis.
Rasa rasa ni lah satu satunya taman permainan di bdr kota bharu nie.
Yang kira canggih la mcm taman taman permainan yang ada kat KL nie.

No wonder lah, mata kanan PB dok bergerak gerak.
Nak jumpa kawan lama (kwn sekolah rendah)
Kawan yang berpisah since PB dan Dia melangkah ke sekolah menengah.
PB ke sekolah Mek Zenab.
Dia pulak ke sekolah agama Naim Libanat.
Imagine tu.... 21 tahun tak berjumpa.

Dah tak kerja member PB, tolong hubby jaga kedai cermin mata.
Anak dah nak masuk 7 .
Kalah PB....


Lepas tu, Abe dan PB dinner di Riverview Hotel (KV betul tak ni??).
Jemputan kawan abe.
Biasalah nak perkenalkan skim kaya cara mudah.
Apa apa pun, sonok sebab makan FREEEEEEEE.
Budak budak asyik dok telefon.
Tanya bila mama dan abah nak balik..
Kesian.......

Oklah dulu.
Banyak lagi nak cerita.
Esok PB sambung.
Kalau tulis semua , takut pulak ada yang pening.....




  Comments (13)

PB @ September 6, 2006 9/6/2006 6:12:29 pm

_____________

September 5, 2006

BAHAYA

JANGAN SEKALI KALI TINGGALKAN ANAK LELAKI
ANDA SENDIRIAN..

BAHAYA...




  Comments (16)

PB @ September 5, 2006 9/5/2006 11:16:03 am

_____________