CHIRITO DEMO, CHIRITO KAWE
talking cock
September 20, 2006

PINDAH

SUDAH PINDAH KE RUMAH BARU

www.pulutbakar2.blogspot.com

 

sila lah berkunjung ke sana .....

terima kasih




  Conteng Sikit

PB @ September 20, 2006 9/20/2006 5:36:28 pm

_____________

September 19, 2006

SAYU

Petang ahad yang lalu, sejurus Abe balik dari kelas, dia telah mengajak semua ahli keluarganya meronda ronda di Jaya Jusco Taman Equine (hadoiii tergeliat lah weh lidah dan kejang jari sebab tulis guna bahasa baku ni).

Dah sampai ajal selipar Aqilah nak putus, maka terputuslah ia betul betul depan pintu JJ tu.
Dah satu hal la pulak si Aqilah mengheret selipar yang putus talinya itu.
Dah satu hal la pulak, PB and the geng menjejak kedai menjual selipar.

Ronda punya ronda, jumpalah kedai kasut bata.
Maka, rezeki Aqilah memperolehi sepasang selipar untuk diguna pada waktu itu dan untuk raya puasa nanti.

Jadinya, petang semalam, PB ke kompleks Hijau (hijau lagi..memang org Puchong ni orang paty pah ) untuk mencari selipar untuk kegunaan harian.
Perginya bertiga, PB, Nurin dan Abe.

Seronok sungguh tengok gelagat si Nurin.
Berada ditengah tengah antara PB dan Abe.
Tangan dipimpin oleh kedua ibubapa yang amat menyayanginya.
Mulut tak berhenti bercoloteh menceritakan tentang perjalanannya bersama tok ayah dan tok ma tengahari tadi (mereka ke LUTH untuk buat pasport).

Tiba tiba hati PB sayu jer dalam masa dok melihat senyuman dan gelak ketawa Nurin.
Terlintas di fikiran rencana yang pernah disiarkan di TV3.
Tentang anak anak yatim yang ditinggal oleh ibu atau bapa.
Teringat kanak kanak yang tidak punyai tempat tinggal yang sempurna.

Sungguh bertuah anak anak PB.
Walaupun PB  tidak mampu untuk menghadiahkan mereka barang mainan yang harga beratus ringgit, namun PB masih dapat memberi mereka makan minum (mengikut permintaan mereka)  dan juga masih dapat membawa mereka berjalan jalan di hujung minggu.
PB dapat memberi mereka peluang untuk bersekolah.
Tidak seperti kanak kanak yang tidak punyai apa apa itu.

Sayu dan sedih jer.....

**********

 




  Comments (6)

PB @ September 19, 2006 9/19/2006 3:11:47 pm

_____________

September 18, 2006

CHERITO CHERITI

CHERITO 1

Firstly firstly nak terima kasih pada Pnut sebab mencanang tentang tawaran yang telah KARANGKRAF tawarkan. Bukan tawaran novel percuma tapi tiket wayang percuma untuk tayangan cerita ZOOM lakonan TIM ALLEN.

Dapatlah PB membawa anak anak dara menonton di Cathay CinePlax Damansara.
First time menonton disini. Biasa PB akan menonton di IOI Mall . Canggih cinema ni , yelah kan kawasan tu semuanya orang elite elite.

Apa apapun , cerita tu menarik untuk tontonan kanak kanak. Nurin ada jugak buat bising ajak balik. Terpaksalah PB umpan 'nanti lepas ni, kita g makan chicken Kay Ef See). Kejab dia berdiri, kejab dia berjalan ke tempat kakaknya. Nasib baik tak nangis.

Dapat majalah Bintang percuma dan juga dapat gula gula mentos (satu peket ada 3 biji). Oklah tu kan.

Lupa pulak nak habaq, first time jumpa P-Nut dan keluarga, Kak Lady with 2 orang heronya dan juga Kak Sya dengan anak dara dan hero. And also Che Ma (PutraJaya) and her girls (dia ada tiga dara...yes,,,PB masih lagi menang)

CHERITO 2

Keluar dari panggung, kami berlima ke IKEA. Ingatkan nak tinggalkan the kids tu kat playland, tapi penuh. Terpaksalah mereka tag along. Bukan beli apa pun, saja menjamu mata.
Seperti yang dijanjikan pada Nurin, maka, ber'lunch'lah kami berlima di Kay Ef See. Yang best nyer, Kay Ef See tu kat area umah. Ha ha ..jauh tul meronda tapi last last makan kat area umah.
Bila dah sampai umah, semuanya landing, sebab dah letih.


CHERITO 3

Masa kat IKANO POWER CENTRE tu, ternampak jualan murah di Popular Book Store.
Tertarik pada peta dunia yang dijual .
Nak sangkut kat bilik anak anak dara tu.
Harga asalnya ialah rm9.90 .
Harga tawaran pula ialah rm 4.50 .
Tiga empat kali jugaklah PB tengok kat board tu , yelah takut takut ada udang di sebalik mee udang.
Tapi, nampak macam tulen je iklan tu.
Suruhlah si Arifah beratur. Punya panjanglah Q.
Kesian Arifah, bila sampai turn dia bayar, juruwang tu kata rm9.90
Rasa macam tertipu bila juruwang tu cakap rm4.50 tu bila kita membeli barangan lain sebanyak rm50.00

Hmmm..... apa nak kata, sebab dah beratur lama, so bayar jelah.

CHERITO 4

Tiap kali PB ke minimarket, PB mesti beli gula.
Saja nak buat simpanan.
Puasa pun dah nak sampai, mesti guna gula lebih sikit.
Semalam, kira punya kira , rupanya PB dah ada 16kg simpanan gula.

Harap harap jangan ada polis datang serbu umah PB...
PB tak bersalahhhhhhhh




  Comments (22)

PB @ September 18, 2006 9/18/2006 12:25:46 pm

_____________

September 14, 2006

SAKIT PERUT

Japanese Laughing Show - Funny Video on TurboFunny.com

 

cubaan utk letak movie tapi tak jadi gak

tapi untuk para tetamu semua, sila klik diatas gambar tu utk melihat video ini

terima kasih...




  Comments (8)

PB @ September 14, 2006 9/14/2006 3:15:34 pm

_____________

September 13, 2006

ADOSS

Mama letih la ari nieeeeeeeeeeee

Semalam dah lah tidur lewat.
(Jangan dok berkembang idea idea biru tu)
(Abe kawe tak dok dumoh lah)
(3 ari doh, kawe bu'je).

Mama terpaksa jadi budok skoloh semale (semalam)
Kakak / Afiqag kena siapkan sekerap buukk untuk pelajaran sivik.
Adoo...jenuh mama surfing internet.
Mencari gambar gambar untuk pakaian tradisional.
Sampaikan kena mintak tolong kak onde onde.
Sorry ek kak OO sebab kacau Kak OO masa kat pejabat.

PB kena cari gambar baju kurung, baju melayu, cheong sam, dohti,
saree , sinuangga dan kelambit.
Bab bab pakaian yang kat atas tu , ok lagi.
Tang kena carik SAMFO , memang hampes.
Last last , nasib baik la baru tahu yang spelling SAMFO tu SAMFUU.
Baru dpt.

Pagi ni pulak, PB sempat stapple dan gam apa yang dapat jer.
(bangun lewat sebab tidur lambat)
Bila sampai ofis , rasa kesian la pulak kat Afiqah.
Dan sebagai ibu yang prihatin tapi pekerja yang tak cemerlang, PB balik umah.
Keluar pejabat jam 1030 pagi.
Kelik la weh... nyak nyor ko anok daro ambo lah .
Balik balik surf lagi internet.
Print mana yang patut.
Dan reka ayat sebaik yang mungkin.
Waaa lahhhh..... siaplah SEKERAP BOOK...
Harap harap dapat A minus pun tak per.

Itu baru bab Afiqah.
Tak masuk bab Aqilah lagi.
SEKERAP BUUK Aqilah kena hantar jumaat ni.
Nak kena cari gambar lain.
Tak kan nak guna gambar yang sama.
Tak kan nak tulis ayat yang sama.
Tak kan nak buat format yang sama.
Tak boleh lahhh buat cara sama sebab cikgu Afiqah dan Aqilah tu orang yang SAMA.
Kang dibuat cikgu tu cakap Aqilah tiru Afiqah pulak.

Susah weh..ada anok kembor gini.
Keno pulok cikgu tulo...
Aduhhhhssss....

Ingat dulu, masa mereka berdua tu satu kelas.
Bila bab kerja rumah bahasa melayu, kena buat ayat.
PB kena reka dua ayat yang berlainan guna imbuhan atau perkataan yang sama.
Karangan pun macam tu jugak.
Kengkadang satu karangan pun jenuh cari idea.
Inikan pula dua karangan dan kena hantar pada satu masa yang sama.

By the way .......
Kerja sekolah Abah pun belum siap.
Kerja sekolah Abah pulak  , hari sabtu nak kena hantar.
Isi dah ada. Tapi nak kena be'ger be'ger la lagi.
Itu pun satu hal....

Nampak macam mama pulak yang dok bersekolah nie...
Agak agak kalau mama sambung belajar, abah tolong tak mama buat assigment.




  Comments (7)

PB @ September 13, 2006 9/13/2006 5:06:06 pm

_____________